◉ HEADLINES

Fahmi sampai bantuan Tabung Kasih@Hawana kepada bekas Editor RTM

Hadir sama, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Arul Rajoo Durar Raj

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengunjungi bekas editor RTM Sahbudin Abdullah yang menghidap masalah jantung di kediamannya di Cheras di sini dan menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@Hawana bagi membantu meringankan beban kewangan beliau.

Sahbudin, 73, bekas petugas kontrak tidak berpencen yang bertugas selama 27 tahun di RTM sehingga 2017 adalah antara 29 rakan media yang  menerima manfaat daripada Tabung Kasih@Hawana sejak inisiatif itu diperkenalkan April tahun lepas.

Beliau yang juga pernah berkhidmat di Utusan Malaysia sejak 1980 sehingga 1990 dan menjadi koresponden di Jakarta pada tiga tahun terakhir perkhidmatannya di syarikat itu disahkan menghidap penyakit jantung sejak 2020 dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Bapa kepada dua orang anak itu yang sudah tidak bekerja turut disahkan menghidap penyakit kencing manis dan difahamkan Sahbudin tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.

Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Arul Rajoo Durar Raj.

Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan sempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi (ketika itu Kementerian Komunikasi dan Digital) dan dilaksanakan Bernama sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hawana 2023 di Ipoh, Perak pada Mei lepas meluluskan peruntukan permulaan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA. – 4 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related