◉ HEADLINES

Bertengkar pasal duit, wanita maut ditikam pekerja

Dua individu termasuk teman lelaki mangsa turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham berkaitan masalah kewangan menjadi punca seorang wanita ditikam sehingga maut oleh pekerjanya di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di Ipoh, Perak, pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pengusaha kedai aksesori telefon bimbit berusia 49 tahun itu maut di lokasi kejadian manakala dua individu termasuk teman lelaki mangsa mengalami kecederaan.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu daripada orang awam pada jam 10.55 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam pekerjanya iaitu lelaki berusia 54 tahun.

“Seorang saksi dan teman lelaki mangsa turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham mengenai masalah kewangan antara mangsa dan suspek,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu berjaya ditahan polis.

Katanya, siasatan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan tahanan reman,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita maut manakala dua lelaki termasuk teman lelakinya maut dalam kejadian pergaduhan di sebuah premis kedai di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, di Ipoh, Perak.

Difahamkan, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di lokasi kejadian. – 4 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related