◉ HEADLINES

‘Blade Runner’, Pistorius dibebaskan selepas 11 tahun membunuh teman wanita

Dia akan dikenakan syarat parol sehingga hukumannya tamat pada Disember 2029

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas bintang paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius dibebaskan dengan parol semalam, lebih sedekad selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dalam kejadian yang menggemparkan dunia, 11 tahun lalu.

Pistorius yang digelar ‘Blade Runner’ kerana menggunakan kaki palsu gentian karbon, menembak mati model Reeva Steenkamp, 29, melalui pintu bilik air yang terkunci pada Hari Valentine 2013, lapor Reuters.

Dia telah berulang kali membuat rayuan di mahkamah dengan menyatakan menyangka Steenkamp sebagai penceroboh sebelum melepaskan empat das tembakan ke dalam bilik mandi di rumahnya di Pretoria.

“Jabatan Perkhidmatan Koreksional (DCS) mengesahkan Oscar Pistorius dibebaskan berkuatkuasa 5 Januari 2024. Dia akan dikenakan syarat parol sehingga hukumannya tamat pada 2029.

“Dia dimasukkan ke dalam sistem Koreksional Komuniti dan kini berada di rumah,” kata jabatan penjara Afrika Selatan dalam satu kenyataan.

Oscar Pistorius, pemenang enam pingat emas Sukan Paralimpik berulang kali membuat rayuan di mahkamah dengan menegaskan, dia menyangka Reeva Steenkamp adalah penceroboh ketika insiden malang itu berlaku. – Gambar dari media sosial, 6 Januari, 2024

Pistorius, 37, telah menghabiskan kira-kira lapan setengah tahun penjara serta tujuh bulan tempoh tahanan rumah selepas dijatuhkan hukuman kerana membunuh.

Lembaga parol pada November memutuskan dia boleh dibebaskan selepas melengkapkan lebih separuh daripada tempoh hukumannya.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh peguam keluarga Steenkamp semalam, ibu Reeva, June berkata: “Tidak ada keadilan jika orang yang anda sayangi tidak akan kembali, dan tidak ada ruang masa yang akan mengembalikan Reeva.

“Kami, yang masih ada ini adalah yang (bagaikan) dipenjarakan seumur hidup,” kata June Steenkamp yang menambah, keinginannya adalah untuk hidup aman selepas Pistorius dibebaskan secara parol.

Seorang pegawai pemantau akan mengawasi Pistorius sehingga hukumannya tamat pada Disember 2029, di mana bekas pemenang pingat emas Paralimpik itu perlu memaklumkan jika dia mencari peluang pekerjaan atau berpindah ke alamat baharu.

Dia juga dikehendaki meneruskan terapi pengurusan amarah dan menghadiri sesi mengenai keganasan berasaskan jantina sebagai sebahagian daripada syarat parolnya, kata keluarga Steenkamp.

Pistorius merupakan pemilik enam pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara 100 meter (m), 200m, 400m dan 4x100m, di mana kemenangan diraih pada temasya Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012. – 6 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related