◉ HEADLINES

‘Sorry YB, kami belum mandi’

Sekumpulan pelajar UMS menyanyikan lagu sebagai permohonan maaf kepada Zambry kerana mereka belum mandi semasa menyambut ketibaannya hari ini

5:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lawatan kerja pertama Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu, hari ini dirai dalam suasana unik.

Beliau disambut dengan nanyian lagu sebagai permohonan maaf daripada pelajar terbabit kerana mereka belum mandi semasa kunjungannya itu disebabkan masalah air di kampus.

“Sorry (maaf) YB (Yang Berhormat) kami belum mandi,” demikian antara bait-bait lagu yang dinyanyikan sekumpulan pelajar terbabit.

Pada masa sama, mereka juga dilihat memegang plakad yang tertera perkataan ‘Kembalikan Hak Kami’ dan ‘Madani untuk siapa?’ bagi menzahirkan masalah mereka di kampus berikutan ketiadaan bekalan air.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, dan Naib Canselor UMS, Datuk Kasim Mansor.

Sementara itu, Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan peruntukan tambahan RM2 juta kepada UMS bagi mengatasi masalah air yang dihadapi warga kampusnya.

Menurutnya, beliau turut mendengar taklimat berkaitan pembangunan di unversiti terbabit termasuk masalah gangguan air.

“Saya umumkan (peruntukan) tambahan sebanyak RM1 juta bagi membolehkan pam dapat disediakan bagi mengalirkan air ke kawasan atas.

“Kedua, hasil inisiatif yang dibuat oleh UMS untuk menyediakan tiub di (kawasan) bawah, saya tambah lagi RM1 juta untuk memastikan supaya beberapa tiub dapat dibuat selain memastikan (kerja mencari) punca air dapat disegerakan,” katanya selepas majlis penyerahan Sumbangan Yayasan Perkasa Siswa di UMS, hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pihaknya juga akan menggunakan tenaga pakar berkaitan sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan isu bekalan air di UMS.

“Saya juga dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah juga ada perancangan untuk membina satu kolam tangki air yang besar tapi ia mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memberikan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada UMS bagi menyelesaikan masalah air di kampus itu. – 8 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related