◉ HEADLINES

Tiada larangan selit ayat al-Quran dalam ucapan: Mufti

Wan Salim berkata, tindakan Perdana Menteri terus menggunakannya dalam ucapan satu langkah baik dan amat dialu-alukan

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada larangan di sisi hukum syarak bagi orang Islam untuk menyelit ayat al-Quran atau hadis Nabi dalam ucapannya atau pidato.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menggunakan ayat al-Quran serta tafsiran dalam ucapan beliau merupakan satu langkah yang baik dan amat dialu-alukan.

“Memang wajar bagi seorang pemimpin Muslim berbuat demikian kerana kalam Illahi dan Rasul merupakan dalil yang utama untuk dijadikan hujah terhadap kebenaran apa yang ingin disampaikan di dalam ucapan.

“Cuma orang yang menggunakan ayat al-Quran dan hadis tertentu hendaklah benar-benar memahami maksud ayat berkenaan dan kontaknya yang sebenar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awal hari ini, Anwar menegaskan akan terus menggunakan ayat al-Quran serta tafsiran dalam ucapannya biarpun sebelum ini menerima kritikan berhubung petikan surah al-Kahfi.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan merujuknya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu bagi mengelak ia menjadi bahan kontroversi.

Beliau pada perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Disember tahun lalu, memetik berhubung kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfiseperti yang terdapat dalam surah al-Kahfi bersama tafsiran dalam ucapannya.

Bagaimanapun, tular di media sosial seorang penceramah bebas mengupas ucapan Anwar berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi itu sehingga menjadi polemik.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, hasrat Anwar untuk merujuk kepada Jakim mengenai ayat al-Quran dan tafsiran terlebih dahulu adalah wajar.

“Memang itulah yang paling baik untuk mengelakkan tersalah petikan dan dijadikan isu kontroversi oleh mana-mana pihak yang suka mencari kesalahan Perdana Menteri,” katanya. – 8 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related