◉ HEADLINES

Syarikat pengendali umrah mengaku salah gagal patuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya

2:23 PM MYT

 

SEREMBAN – Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada dua individu yang menuntut wang keseluruhan berjumlah RM41,920.

Syarikat Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Mohd Firdaus Ahmad, 38, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Hafiza Ishak.

Syarikat itu dan pengarahnya didakwa gagal mematuhi perintah award TTPM supaya syarikat berkenaan membayar masing-masing RM27,880 dan RM14,040 kepada dua wanita yang menuntut wang itu dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan pada 27 Jun 2023.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat TTPM di sini pada 26 Julai 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Khairul Azman Rosli, manakala Mohd Firdaus tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes dan hukuman. – 9 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related