◉ HEADLINES

Kaka Azraff akhirnya bertemu Fahmi Fadzil

Fahmi sebelum ini memaklumkan sedia bertemu Kaka bagi membantunya menyelesaikan masalah dihadapinya selepas dibuang dari syarikat rakaman Warner Music

8:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Kaka Azraff akhirnya bertemu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika kunjungannya ke pejabat rasmi kementeriannya di Putrajaya, semalam.

Menerusi hantaran dimuat naik Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, di Instagramnya, dia berkongsi gambar pertemuan tersebut.

Malah, Kaka turut mengucapkan terima kasih kepada Fahmi kerana sudi menerima kunjungannya.

“Peluang ini belum tentu terulang. Jadi aku amati setiap ruang.

“Terima kasih YB (Yang Berhormat) Fahmi Fadzil atas kesudian menerima kunjungan kami ke Kementerian Komunikasi semalam.

“Harap perkongsian ini dapat membuahkan hasil dan dapat membantu atau menjadi rujukan buat mereka yang menghadapi situasi yang sama seperti Kaka,” tulisnya.

Terdahulu, Scoop pernah melaporkan Fahmi sedia bertemu Kaka bagi membantunya menyelesaikan masalah dihadapinya selepas dibuang dari syarikat rakaman Warner Music pada 6 Disember tahun lalu.

Difahamkan penamatan itu gara-gara tindakannya mengirim mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia yang pro-Zionis, Nathaniel Buzolic.

Profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik. – 9 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related