◉ HEADLINES

SPRM panggil isteri Tun Daim, dua anak lelaki untuk disoal siasat esok

Ini berlaku selepas serbuan dan penyitaan Menara Ilham baru-baru ini

11:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya untuk disoal siasat esok.

Peguam keluarga Daim mengeluarkan notis petang ini mengenai ketiga-tiga mereka dipanggil oleh agensi pencegahan rasuah itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, pagi esok.

“Kami merujuk kepada serbuan dan notis penyitaan baru-baru ini yang dilaksanakan di Menara Ilham.

“Sebagai melanjutkan siasatan di atas, SPRM telah memanggil isteri Tun Daim, Toh Puan Naimah Khalid dan dua anak lelakinya untuk hadir disoal siasat pada jam 10.30 pagi esok di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya,” demikian menurut notis tersebut.

Tambah peguam tersebut, akan ada sidang media bersama Naimah dan dua anak lelaki itu.

Pada 4 Januari lalu, SPRM merekodkan kenyataan empat individu bagi membantu siasatan ke atas Daim.

Peguam mereka, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Sohanpal, mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa SPRM telah memanggil mereka untuk direkodkan kenyataan.

Mereka, bagaimanapun, mendakwa bahawa “SPRM bertindak secara zalim, angkuh dan menyalahi undang-undang.”

Peguam itu berkata, seorang daripada mereka hadir bersama anak guam mereka di bilik temu duga sebelum pegawai SPRM meminta mereka keluar.

Pada 18 Disember, SPRM menyita Menara Ilham berhubung penglibatan Daim dalam dakwaan kes penyelewengan membabitkan RM2.3 bilion dana awam pada 1990-an.

Penyitaan itu dibuat selepas SPRM memulakan siasatan ke atas pegangan kewangan Daim pada Mei.

Seminggu kemudian, SPRM mengesahkan siasatan terhadap Daim, dan berkata siasatan termasuk meneliti aset, perniagaan domestik dan antarabangsanya berikutan penyitaan Menara Ilham miliknya.

Azam memberitahu Scoop bahawa siasatan tertumpu kepada pemerolehan aset dan perniagaannya, seperti hartanah, hotel dan institusi kewangan di luar negara. – 9 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related