◉ HEADLINES

Sanusi hadir ke ibu pejabat SPRM, beri keterangan isu rasuah RM6 juta

Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

Perkara itu disahkan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim kepada Scoop.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 8.30 pagi tadi.

Kelmarin SPRM mengesahkan akan memanggil Menteri Besar sebuah negeri di utara tanah air bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah pasukan bola sepak.

Sumber SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan itu dijalankan selepas agensi tersebut menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut.

“Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di Kerajaan Negeri dan di persatuan bola sepak berkenaan yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

“Namun, selepas kontraktor-kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kontraktor yang merasakan telah ditipu ini, membuat laporan kepada SPRM atas penawaran projek yang dijanjikan kepada mereka oleh individu berkenaan.

Jumaat lalu, SPRM memaklumkan mengenai penahanan reman empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

Malah wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri.

Bagaimanapun CEO Persatuan Bola Sepak Kedah Darul Aman (KFA), Zulkifli Che Haron telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, Ahad lalu.

Sementara Sanusi mendakwa dirinya menjadi sasaran sebenar pihak tertentu dalam dakwaan kes rasuah membabitkan KFA.

Beliau yang juga Presiden KFA mendakwa, penahanan empat individu termasuk CEO KFA, hanyalah sebagai aksesori saja untuk mengada-adakan kes terhadap mereka, selain membina naratif buruk kerajaan Kedah diterajuinya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related