◉ HEADLINES

Israel berdepan tuduhan genosid ke atas penduduk Gaza di ICJ, menyebabkan malapetaka kemanusiaan

Lebih 23,000 rakyat Palestin khususnya wanita dan kanak-kanak terkorban, zionis sekat bekalan makanan serta ubat

8:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Israel berdepan tuduhan jenayah perang dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) ke atas penduduk Palestin di Gaza ketika Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memulakan pendengaran kes yang difailkan Afrika Selatan semalam.

Al-Jazeera melaporkan, perang yang sudah berlanjutan selama tiga bulan ini menyebabkan lebih 23,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terkorban, kata peguam kepada mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Menurut PBB, kebanyakan penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta telah kehilangan tempat tinggal dan rejim zionis melakukan pelbagai sekatan termasuk bantuan bekalan makanan, bahan bakar dan ubat-ubatan yang menyebabkan ‘malapetaka’ kemanusiaan.

Melalui kes yang difailkan Afrika Selatan di ICJ, negara itu berhujah bahawa Israel melanggar konvensyen genosid 1948, konvensyen ditubuhkan selepas peristiwa Holocaust, yang menetapkan semua negara perlu mengelak daripada mengulangi jenayah tersebut.

Menerusi kes yang difailkan Afrika Selatan di ICJ, pasukan peguam negara itu berhujah Israel telah melanggar konvensyen genosid 1948. – Gambar tangkap layar, 12 Januari, 2024

Negara itu memfailkan dokumen setebal 84 muka surat kepada ICJ dengan memperincikan tindakan zionis terhadap genosid di Gaza.

Adila Hassim, seorang peguam yang mewakili Afrika Selatan, memberitahu ICJ bahawa Israel telah melanggar Artikel II Konvensyen Genosid, yang termasuk ‘pembunuhan besar-besaran’ terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Israel meledakkan 6,000 bom setiap minggu. Tiada siapa yang terselamat termasuk bayi baru lahir. PBB menyifatkannya sebagai tanah perkuburan untuk kanak-kanak.

“Tiada apa-apa yang akan menghentikan penderitaan, kecuali perintah daripada mahkamah ini,” tambahnya.

Afrika Selatan telah menuntut agar ICJ mengarahkan Israel menangguhkan kempen ketenteraannya.

Sementara itu Israel akan memberi maklum balas terhadap dakwaan dikemukakan Afrika Selatan, hari ini. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related