◉ HEADLINES

Hanya kerana brek, 3 kenderaan terbabit kemalangan

Insiden itu turut mencetuskan pergaduan antara mereka, dengan seorang daripadanya ditumbuk beberapa individu

9:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan masalah brek dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Pelangi, Semenyih, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, situasi itu kemudian mencetuskan pergaduhan.

Menurutnya, rakaman kemalangan itu kemudian tular di media sosial yang memaparkan kekecohan di lokasi berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kenderaan jenis Proton Saga yang dipercayai mengalami kegagalan brek, sehingga menyebabkan ia berlanggar dengan sebuah bas sekolah dan sebuah kereta jenis BMW.

“Akibat daripada kemalangan itu, seorang pelajar sekolah cedera ringan dan menyebabkan kerosakan pada kenderaan.

“Susulan kejadian itu, polis terkesan satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan berlaku kekecohan di lokasi kemalangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, bagaimanapun, setakat ini polis tidak menerima laporan berhubung kekecohan berkenaan.

“Individu yang terbabit kejadian pergaduhan itu diminta membuat laporan polis,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang individu ‘menyerang’ pemandu sebuah kenderaan.

Kemudian, seorang individu lain yang dipercayai pemandu kenderaan di belakang turut memukul lelaki sama.

Manakala, seorang pemandu pacuan empat roda yang berada di belakang kenderaan pertama keluar dari kenderaan dan turut memarahi pemandu kereta di hadapannya.

Kejadian itu mendapat perhatian pengguna jalan raya dengan beberapa penunggang motosikal berhenti, selain ia dirakam individu sekeliling. – 12 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related