◉ HEADLINES

10 pengemis warga asing termasuk empat kanak-kanak Myanmar ditahan

Tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warganegara asing

9:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menahan 10 orang pengemis warganegara asing dalam operasi pemeriksaan dijalankan di perkarangan Masjid Saidina Abu Bakar, Jalan Ara, Bangsar dekat sini semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen pada jam 12.15 tengah hari itu, 13 orang diperiksa dan hasil pemeriksaan lanjut, seramai 10 orang pengemis warga asing ditahan.

Katanya, mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan itu berusia di antara dua hingga 41 tahun.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan warganegara Indonesia serta seorang lelaki dan dua orang perempuan warga Myanmar.

“Turut ditahan adalah dua orang kanak-kanak lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin memberitahu, seramai tiga orang individu telah dilepaskan kerana merupakan warganegara tempatan.

Katanya, tindakan pemeriksaan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan mengemis dalam kalangan warganegara asing yang sering berlaku di kawasan tersebut.

“Kesemua pengemis warganegara asing yang ditahan ini telah ditangkap kerana disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – 13 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related