◉ HEADLINES

Bas ekspres terbakar: Seorang lagi mangsa meninggal dunia

Cucu mangsa meninggal dunia semalam akibat melecur teruk pada bahagian badan.

12:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lagi mangsa tragedi bas ekspres terbakar di Kilometer 198.0 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) awal pagi semalam dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, Peer Mohamed Kannudeen, 69, dari Chennai, India meninggal dunia malam tadi dan mangsa merupakan datuk kepada Yafarah Taj Fakrudin Hussaini, 17, yang maut pada hari kejadian akibat melecur teruk.

Menurut beliau, Peer Mohamed yang mengalami kebakaran 80 peratus pada badannya meninggal dunia pada jam 8.57 malam.

“Mangsa dimasukkan ke hospital bersama-sama empat ahli keluarganya yang lain, namun cucunya berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia, semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiga lagi ahli keluarga mangsa masih dirawat di Hospital Alor Gajah.

Arshad berkata, jenazah Yafarah akan dikebumikan di Kuala Ina, Alor Gajah hari ini.

Semalam Scoop melaporkan seorang pelancong dari Chennai, India, Yafarah maut manakala empat ahli keluarganya cedera selepas bas dinaiki terlibat kemalangan dan terbakar di Kilometer 198 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara).

Mangsa lain yang cedera adalah Anissa Begum Fakrudin Hussaini, 45, terbakar hampir 50 peratus manakala Mohideenmeraal Beermohamed, 69, dan seorang warga Singapura, Tasmiyah Taj, 19, pula cedera ringan.

“Bas yang membawa 28 penumpang itu terbakar selepas melanggar sebuah motosikal yang terbabas manakala penunggangnya terjatuh ke laluan paling kiri.

“Penunggang itu sempat bangun mengelak ke kiri jalan dan tidak lama kemudian datang bas berkenaan telah melanggar dan menyeret motosikal ke hadapan,” kata Arshad dalam kenyataan semalam.

Arshad berkata, akibat daripada pelanggaran itu bas mengalami kebakaran dan terdapat tiga penumpang yang duduk di bahagian belakang telah terperangkap mengalami kecederaan badan terbakar dan melecur.

Tambah Arshad, baki 23 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal cedera luka-luka pada anggota badan.

“Dua pemandu bas berusia 24 dan 46 tahun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – 14 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related