◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Lelaki ditembak mati di Taman Puchong Prima ada 7 rekod jenayah dan 6 dadah

Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Subang Jaya

8:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lelaki yang ditembak mati di hadapan apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima, petang tadi merupakan warga tempatan dan mempunyai rekod lampau iaitu tujuh jenayah, enam jenayah narkotik dan satu rekod dikehendaki.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian berbalas tembakan tersebut, suspek telah ditembak mati.

“Polis Kontinjen Selangor mengesahkan menerima laporan pada 3.49 petang daripada seorang anggota polis yang bertugas di Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Kejadian tembakan itu berlaku di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima di antara polis dan suspek, dalam kejadian itu suspek telah ditembak mati,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hussein berkata, siasatan lanjut masih dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Subang Jaya.

Sehubungan itu, Hussein memberitahu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini supaya hadir ke balai polis atau menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222 bagi membantu siasatan.

“Polis juga telah terkesan satu rakaman video berkait kejadian ini yang telah tular di media sosial.

“Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,’’ katanya. – 14 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related