◉ HEADLINES

Mahalini mahu cipta lagu untuk Siti Nurhaliza, ‘dia satu fenomena di Indonesia’

Siti Nurhaliza merupakan idola kepada penyanyi dan komposer dari Indonesia, Mahalini

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Mahalini meluahkan hasrat untuk mencipta lagu buat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Mahalini atau nama lengkapnya, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 23, Siti Nurhaliza merupakan penyanyi Malaysia kesukaannya.

“Siti Nurhaliza merupakan satu fenomena di Indonesia. Namanya disebut di mana-mana.

“Saya juga pernah menyanyikan lagu Siti di rancangan televisyen Indonesia.

“Jika ditanya adakah saya mahu mencipta lagu untuknya, sudah pasti saya mahu. Tetapi adakah Siti mahu atau tidak menyanyikan lagu saya?,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Lovechestra Mahalini.

Mahalini yang bakatnya digilap menerusi program realiti Indonesian Idol 10 sebelum ini pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi popular Indonesia, Rossa menerusi lagu Lupakan Cinta.

Mahalini pernah menyanyikan lagu Siti Nurhaliza dalam rancangan televisyen di Indonesia. – Gambar Instagram Siti Nurhaliza, 15 Januari, 2024

Popular dengan lagu Sial, Mahalini bersedia menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi Konsert Lovechestra Mahalini Live In KL pada 3 Februari depan bertempat di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

Menariknya, konsert yang dibawakan khas oleh Alha Alfa anjuran Kharisma Music ini akan turut menampilkan tunang Mahalini sendiri iaitu Rizky Febian sebagai artis jemputan.

“Sejujurnya saya tidak sangka akan mempunyai ramai peminat di Malaysia. Menjadi impian saya sejak dulu lagi untuk membuat persembahan di Malaysia.

“Konsert pertama saya tahun lalu mendapat sambutan luar biasa. Jadi kali ini saya kembali di tempat lebih besar dan pastinya akan lebih menarik,” katanya.

80 peratus tiket sudahpun terjual sejak ia mula dijual kepada umum. Bagi yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari www.ticket2u.com/Mahalini. – 15 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related