◉ HEADLINES

Peniaga diarah bela diri atas pertuduhan cederakan bekas isteri 3 tahun lepas

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmaini Abd Raof

2:29 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang peniaga membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, tiga tahun lepas.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmaini Abd Raof, 41.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 24 Januari ini untuk menentukan tarikh perbicaraan.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki pada belakang tangan Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang ketika itu masih isteri ketiganya, sehingga mangsa cedera parah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada 6 pagi 4 Mei 2021 mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Kes ini mendapat perhatian masyarakat kerana mangsa, seorang penjawat awam, hamil ketika kejadian serta parah dan koma sebelum selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 30 November 2021.

Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Februari 2023. – 17 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related