◉ HEADLINES

Tergamak palsu laporan dirogol kerana bimbang kehamilan luar nikah diketahui keluarga

Hasil pemeriksaan tidak menjumpai spesimen atau air mani di tempat kejadian seperti didakwa

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bimbang kehamilan akibat hubungan terlarang diketahui keluarga, seorang pelajar kolej berusia 20 tahun tergamak membuat laporan palsu mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pelajar terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir pada jam 7.26 malam tadi.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan suspek yang mendakwa dirogol pada jam 6.15 petang di sebuah rumah di Kampung Serting Ilir dekat Bahau, Negeri Sembilan.

“Pelajar itu mendakwa rumahnya dimasuki lelaki tidak dikenali dengan memakai pakaian warna hitam dan memakai pelitup muka. Kemudian suspek dibawa masuk ke dalam bilik dan dirogol.

“Pelajar itu turut mendakwa air mani dipancut diluar tetapi hasil keterangan diberikan mencurigakan.

“Pihak forensik hadir ke tempat kejadian untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan tidak menjumpai spesimen atau air mani di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, pelajar terbabit dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapatinya tidak cedera, sebaliknya sedang hamil lima minggu.

“Pemeriksaan ke atas telefon bimbit pelajar itu mendapati terdapat perbualan antaranya dengan teman lelaki yang mencurigakan selepas laporan polis dibuat.

“Soal siasat lanjut terhadap pelajar itu mengaku laporan polis dibuat tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Suspek membuat laporan palsu kerana mengandung hasil hubungan seks dengan teman lelaki dan takut diketahui oleh keluarga,” katanya. – 17 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related