◉ HEADLINES

Pelajar terima status makluman terkini masih berpeluang masuk MRSM

Ini bermakna pelajar lulus ujian UKKM akan ditawarkan masuk jika ada kekosongan

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelajar yang menerima status makluman terkini kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), masih berpeluang diterima masuk jika ada pelajar lain yang menolak tawaran.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, status tersebut menunjukkan pelajar yang memohon lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM), tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.

“Ramai yang mesej bertanya mengenai status diterima seperti ini. Sesiapa yang dapat status makluman seperti yang tertera, ini bermakna pelajar lulus UKKM tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.

“Ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak. Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25 hingga 30 peratus pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran tersebut atas pelbagai sebab,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurutnya, kekosongan yang ditinggalkan itu akan diisi oleh calon-calon simpanan.

“InsyaAllah, jika ada rezeki masih ada peluang untuk ditempatkan di MRSM yang masih ada kekosongan yang ditinggalkan.

“Pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran hendaklah dibuat sebelum 25 Januari ini.

Status makluman pemberitahuan bahawa calon pelajar lulus UKKM, tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu. – Gambar Facebook, 24 Januari, 2024

Pada masa sama, Asyraf berkata, sekiranya pelajar tidak menerima makluman tawaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau semakan dalam sistem sebelum 20 Mei ini, permohonan dianggap tidak berjaya.

Tegasnya, jika pelajar tidak lulus dalam ujian UKKM, mereka tidak boleh membuat rayuan kerana bertentangan dengan dasar MRSM dan Mara.

“Maaf, memang tak dapat dibantu dan tidak boleh merayu kerana bertentangan dengan dasar dan polisi MRSM dan MARA.

“Kasihan juga kepada pelajar tersebut untuk bersaing dengan pelajar yang lulus UKKM. Mara tidak boleh berkompromi soal kualiti MRSM,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menitip pesanan kepada pelajar yang tidak lulus ujian UKKM agar tidak pernah putus asa untuk berjaya.

“Gagal ujian UKKM hanyalah gagal untuk memasuki MRSM, bukannya pengakhiran kepada perjalanan yang masih panjang dalam mengapai kejayaan hakiki.

“Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Saya sendiripun tak pernah masuk MRSM, tapi Alhamdulillah macam saudara juga, ada juga Master,” katanya menjawab komen salah seorang netizen.

Terdahulu, media melaporkan, MRSM menerima lebih 104,000 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat di MRSM, membabitkan 55 MRSM sedia ada di seluruh negara. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

◉ Related