◉ HEADLINES

‘Saya hanya minta naik gaji RM500’ – Tyzo

Tyzo terkilan Suria FM mampu ambil penyampai baru, namun tak mampu naikkan gajinya

9:07 PM MYT

 

PETALING JAYA – Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo mendedahkan dia hanya meminta kenaikan gaji sebanyak RM500 sebelum memperbaharui kontraknya, namun permintaan itu ditolak.

Disebabkan itu, dia menetapkan untuk hanya menyambung kontrak selama enam bulan berbanding setahun seperti yang ditawarkan oleh pihak pengurusan Suria FM.

“Saya minta naik gaji RM500 tetapi mereka tak dapat tunaikan. Jadi saya tandatangan kontrak baharu dengan gaji yang sama, tetapi hanya untuk enam bulan.

“Saya rasa tiada masalah untuk saya minta kontrak diperbaharui untuk tempoh enam bulan, kerana kontrak Kak Rara juga sebegitu.

“Tetapi saya terkilan kerana mereka mampu ambil tiga penyampai baru, namun tidak mampu untuk menaikkan gaji saya RM500,” katanya ketika ditemui pihak media.

Tyzo juga menolak dakwaan dia tidak lagi berminat untuk menjadi penyampai radio di Suria FM.

“Saya tiada langsung masalah dengan stesen radio Suria. Selama ini saya bekerja secara profesional.

“Malah saya masih ingin bekerja di Suria. Saya diberhentikan lebih awal dari tarikh kontrak saya tamat iaitu pada Mac.

“Saya sudah tahu tentang perkhidmatan saya akan ditamatkan pada 4 Januari lalu. Tetapi saya hanya berdiam diri sehinggalah tarikh 12 Januari iaitu Jumaat lalu. Sejujurnya saya rasa sangat sakit. Saya menahan diri terlalu lama,” luahnya.

Ditanya sama ada terbuka untuk berdamai dan kembali ke Suria FM, kata Tyzo, dia sentiasa terbuka untuk berdamai.

“Saya masih sayangkan Suria dan ingin bekerja lagi dengan Kak Rara. Tetapi agak sukar kerana orang pun dah tak nak kita. Perkara ini pun mungkin tak akan berlaku. Kalau berlaku pun mungkin ia satu keajaiban,” katanya.

Terdahulu pada 12 Januari lalu, Tyzo mengumumkan kontraknya bersama radio Suria FM telah ditamatkan.

Dalam video yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Tyzo mengucapkan terima kasih di atas penganiayaan ini kepada DJ Lin sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dia dibuang gara-gara kemenangannya di ABPBH lalu. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related