◉ HEADLINES

Kes Zayn Rayyan: Proses soal siasat penduduk diteruskan

Polis juga menyoal siasat penduduk berhampiran Apartment Idaman untuk mendapatkan maklumat lanjut.

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis masih lagi meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dengan fokus kepada soal siasat kejiranan serta penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor bagi mengumpul pentunjuk yang boleh membawa kepada tangkapan suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop berkata, setakat ini masih belum ada sebarang perkembangan positif berhubung kes tersebut.

“Setakat ini masih belum ada sebarang perkembangan positif namun pihak polis masih lagi meneruskan siasatan dengan menyoal siasat penduduk-penduduk berhampiran (Apartment Idaman) untuk mendapatkan maklumat.

“Siasatan di lokasi penemuan mayat pula sudah selesai sepenuhnya,” katanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini masih belum ada sebarang perkembangan positif berhubung kes tersebut. – Gambar Scoop, 20 Januari, 2024

Sebelum ini, Hussein memberi jaminan siasatan kes Zayn Rayyan tidak akan dihentikan meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor hilang pada 5 Disember tahun lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya, keesokan hari.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan. – 20 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related