◉ HEADLINES

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Majlis turut dihadiri Anwar Ibrahim dan tiga bekas Perdana Menteri

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini.

Berangkat sama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerabat-kerabat diraja Pahang.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Majlis bermula pada jam 3 petang dihadiri 2,500 tetamu termasuk barisan Kabinet, perwakilan-perwakilan asing ke Malaysia dan barisan tertinggi kepimpinan kerajaan.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar Jabatan Penerangan Malaysia, 20 Januari, 2024

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu Seri Paduka berdua berkenan meluangkan masa beramah mesra dan mengambil gambar bersama tetamu di acara itu yang dihiburkan dengan persembahan orkestra oleh Kolej Yayasan Saad, Melaka.

Acara lain yang akan berlangsung sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka termasuk Majlis Jamuan Negara yang dijadualkan pada 27 Januari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini. – 20 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related