◉ HEADLINES

Walau isu dengan Suria FM masih panas, Tyzo terharu dapat buat umrah dan jadi tetamu Allah SWT

Tyzo juga terharu apabila ditempatkan di hotel berhadapan dengan Kaabah

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun masih dibelenggu kontroversi berhubung isunya dengan stesen radio Suria FM, namun penyampai radio Tyzo Xander terharu apabila dirinya diberi peluang menjadi tetamu Allah SWT untuk mengerjakan umrah.

Lebih mengharukan Tyzo apabila dia telah ditempatkan di tingkat paling tinggi di kompleks hotel dan menara jam Mekah yang dipanggil Abraj Al-Bait berhampiran pintu masuk utama Masjidilharam, iaitu Pintu King Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Makkah.

“Syukur saya selamat sampai Makkah. Paling mengharukan, saya telah ditempatkan di Level 47, Hotel Swissotel iaitu tingkat paling tinggi Menara Jam Mekah.

“Rezeki saat diduga. Layanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – Jeddah hebat. Terima kasih buat Haji Jay dan Haji Hariz daripada Jay Ibrahim Al Islam,” katanya dalam perkongsian di Instagram sebentar tadi.

Tyzo yang menjalani umrah bersama Jay Ibrahim Al Islam Travel & Tour, turut memuatnaik video yang menunjukkan pemandangan Kaabah yang cukup jelas daripada bilik hotelnya.

“Allahu Akhbar! Nampak tak betul-betul depan Kaabah. Rezeki…,” katanya dengan nada yang hampir sebak dan terharu.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan ibadahnya itu dipermudahkan serta dia akan beroleh umrah mabrur.

Bahkan, ada yang menyarankan agar dia berdoa di depan Kaabah dan menyerahkan segala dugaan dan masalah dilalui itu kepada Allah kerana doa orang yang teraniaya sentiasa dimakbulkan Tuhan.

Tidak kurang juga ada yang meminta Tyzo untuk mendoakan supaya proses bersalin anak kedua dilancarkan, urusan mengerjakan umrah dalam waktu terdekat dipermudahkan dan mendoakan bapa yang sudah tiga tahun terlantar sakit. – 22 Januari, 2023

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related