◉ HEADLINES

Suspek utama kes Bella didakwa esok

Polis turut mengesahkan rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar adalah milik ibu tunggal itu

9:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes kehilangan Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella, akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (Johor) dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada pagi esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Ismail turut mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di Batu Pahat adalah Bella.

Menurutnya, melalui laporan diterima polis menunjukkan ia sepadan dengan sampel diambil daripada ibu dan kakak kepada Bella, Norhisham.

“Analisa DNA yang dihantar ke Jabatan Kimia pada Ahad lalu sudah diterima polis hari ini.

“Keluarga mangsa sudah dihubungi untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya.

Ujian DNA dijalankan Sabtu lalu dengan polis mengambil sampel tisu daripada Norhisham, 36, dan ibunya Noraini Salleh, 55, bagi menentukan sama ada rangka ditemukan dalam rumah sewa terbiar adalah Bella atau sebaliknya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu.

Rangka wanita itu ditemukan selepas suspek ditahan sebaik tiba di tanah air selepas menunaikan umrah bersama keluarga. – 23 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related