◉ HEADLINES

Hasrat Malaysia agar Palestin jadi anggota penuh PBB telah disampaikan di NY: PM

Gesaan Malaysia ini seiring dengan kenyataan Antonio Gutteres, bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip bahawa Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara yang Merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kota.

Justeru, kata Perdana Menteri, hasrat rakyat dan kepimpinan Malaysia agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB di New York, semalam.

“Alhamdulillah, hasrat rakyat dan kepimpinan Malaysia agar Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan gesaan gencatan senjata telah disampaikan sendiri oleh Menteri Luar Negeri kepada Setiausaha Agung PBB di New York pada 23 Januari 2024,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook, di sini hari ini.

Sekurang-kurangnya 25,490 rakyat Palestin telah terkorban manakala 63,000 cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023.

Tegas Anwar, gesaan Malaysia ini seiring dengan kenyataan Antonio Gutteres pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.

Keamanan dan kedamaian terbabit, kata beliau, hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak.

“Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak, dan dasar apartheid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan. Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini,” katanya. – 24 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related