◉ HEADLINES

NAFAS harap tender agihan baja subsidi disegerakan

Keperluan baja kepada kira-kira 200,000 pesawah di seluruh negara membabitkan lebih kurang 240,000 tan metrik setahun

6:24 PM MYT

 

SUNGAI PETANI – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berharap kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan tawaran tender kepada pertubuhan itu bagi membolehkan pengagihan baja bersubsidi dibuat kepada pesawah pada tahun ini.

Pengerusi NAFAS Datuk Zamri Yaakob berkata musim penanaman padi bagi tahun ini sudah pun bermula di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Selangor serta Perak, dan pesawah terlibat memerlukan baja untuk tanaman mereka.

“Apabila penanaman padi bermula dan benih padi sudah ditabur, petani perlukan baja…dan kita di NAFAS mempunyai kilang baja terbesar di Malaysia yang berupaya mengeluarkan 310,000 tan metrik baja setahun.

“Ketika ini, terdapat sejumlah 35,000 tan metrik baja di kilang yang sedia untuk diagihkan ke seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke kilang Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd di Gurun, di sini hari ini.

Menurutnya keperluan baja kepada kira-kira 200,000 pesawah di seluruh negara membabitkan kira-kira 240,000 tan metrik setahun.

Tambah beliau bekalan baja yang dikeluarkan kilang NAFAS ketika ini adalah banyak hingga ia terpaksa menghentikan sementara pengeluaran sejak seminggu lepas susulan tiada ruang penyimpanan.

Zamri berkata NAFAS juga memberi jaminan tidak akan berlaku kelewatan terhadap penghantaran bekalan baja ke seluruh negara selaras dengan slogan ‘zero late’ yang diperkenalkan pertubuhan itu sebelum ini.

“Sebanyak 30 lori boleh digerakkan dalam sehari dan setiap lori berupaya memuatkan 25 tan baja…dianggarkan hampir 1,000 tan mampu diagihkan sehari ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang membuat tempahan.

“Ini antara langkah yang kita ambil bagi memastikan tidak berlaku kelewatan pengagihan baja seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya. – 24 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related