◉ HEADLINES

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Batu Puteh ‘urusan dalaman Malaysia’: MFA Singapura

Singapura tidak melihat perkara itu menjejaskan hubungan baik mereka dengan Malaysia

8:23 PM MYT

 

SINGAPURA – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan “adalah urusan dalaman Malaysia”, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA).

“Kami tidak melihat perkara ini menjejaskan hubungan baik antara Singapura dan Malaysia,” kata jurucakap kementerian ketika menjawab pertanyaan media hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, penubuhan RCI adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

“Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, undang-undang, dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan kepunyaan negeri di perairan wilayah ia berada.

Malaysia memohon kepada ICJ untuk meminta tafsiran penghakiman itu pada 2017.

Bagaimanapun, pada 2018, pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura, satu langkah yang telah menimbulkan banyak persoalan. – 25 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related