◉ HEADLINES

[KEMAS KINI] Tanah runtuh Cameron Highlands: 2 orang maut, 3 lagi masih tertimbus

Menurut kenyataan JPBM, mangsa terdiri daripada lima orang warga Myanmar yang mendiami sebuah rumah telah dihempap oleh kejadian tanah runtuh

9:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kebun ditemukan maut manakala empat lagi mangsa masih tertimbus selepas dalam kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, mangsa terdiri daripada lima orang warga Myanmar yang mendiami sebuah rumah telah dihempap oleh kejadian tanah runtuh.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 2.51 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat diketuai Pegawai Operasi BBP Cameron Highlands, Wan Zaidi Wan Mokhtar bersama lapan pegawai.

“Mangsa yang terlibat adalah tiga lelaki dan seorang wanita yang masih tertimbus manakala seorang lagi iaitu lelaki ditemukan meninggal dunia pada jam 6.27 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, JBPM telah menggerakkan bantuan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm) untuk ke lokasi kejadian.

“Turut digerakkan bantuan Pasukan Khas dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Unit Pengesan K9.

“Operasi juga melibatkan rakan strategik jabatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu berjaya dikeluarkan pada jam 11.05 pagi.

Beliau berkata, mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.

Mangsa kedua pula berjaya dikeluarkan pada jam 12.46 tengah hari tadi.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di kawasan runtuhan masih diteruskan.

“Kawasan agak berbahaya, buat masa ini, kita tidak benarkan pihak media masuk sehingga keadaan selamat,” katanya dan menambah kesemua mangsa merupakan pekerja asing. – 26 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

◉ Related