◉ HEADLINES

‘Hot Daddy’, 2 teman wanita didakwa iklan khidmat persundalan di aplikasi X

Hakim menetapkan ikat jamin RM10,000 untuk setiap tertuduh dan kes akan disebut semula pada 28 Februari ini

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang bapa berusia 32 tahun yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua teman wanitanya, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana didapati membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X’.

Menurut kertas pertuduhan, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, bersama dengan Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, telah didakwa dalam mempromosikan perkhidmatan menerusi aplikasi X, @HOTDADDYYXX.

Bagaimanapun, ketiga-tiganya mengangguk ‘faham’ dan mengaku tidak bersalah sebaik sahaja tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Kesalahan itu didakwa berlaku apabila iklan berkenaan ditemui oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) pada 10.01 pagi, 16 Januari lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, dan boleh dikenakan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya, Nidzuwan Abd Latif tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh kerana kesalahan tidak boleh dijamin dan mengambil kira kepentingan awam.

“Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

“Jumlah itu ialah sesuai kerana mengambil kira kepentingan awam selain pertuduhan kesalahan dikategorikan dalam jenayah yang serius,” katanya

Namun peguam Mohd Faris Abrar Othman meminta ikat jamin lebih rendah dikenakan memandangkan Hasli menanggung bapanya yang berusia 67 tahun dan tiga anak berusia antar 12, 10 serta empat tahun.

Norshazrina pula yang merupakan seorang pengurus, berpendapatan RM4,000 sebulan, terpaksa menyara ibu yang merusia 56 tahun sementara Norhidayah tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim menetapkan ikat jamin RM10,000 untuk setiap tertuduh dan kes akan disebut semula pada 28 Februari ini.

Terdahulu, laporan sebelum ini menyebut bahawa polis berjaya membongkar jenayah seksual melibatkan seorang ‘gigolo’ yang merakam dan menjual video lucah yang memaparkan pertemuan dengan lebih 20 lebih wanita, termasuk mereka yang menggunakan perkhidmatannya.

Suspek telah mengedarkan video berkenaan di media sosial sejak Julai lepas, dan ditahan di Janda Baik, Pahang pada pukul 2,30 petang. – 26 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

◉ Related