◉ HEADLINES

Peguam Perancis berkata terdapat bukti mencukupi untuk ICC keluar waran tangkap ke atas pegawai Israel

Devers menekankan mengenai penderitaan yang dialami orang awam yang dikepung oleh tentera Israel di Gaza, selain ancaman kebuluran

4:54 PM MYT

 

THE HAGUE – Peguam Perancis Gilles Devers, yang terkenal kerana  pembelaannya terhadap mangsa Palestin di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), berkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarkan ke atas pihak berkuasa Israel.

Devers yang diiringi pasukan peguamnya, bertemu di The Hague untuk berunding dengan Pejabat Pendakwa ICC dan Pejabat Mangsa, lapor Agensi Anadolu.

Bercakap kepada Agensi Anadolu, Devers berkata Pejabat Pendakwa mempunyai bukti yang mencukupi untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pegawai Israel, memetik syak wasangka yang munasabah yang disokong bukti kukuh.

Pelbagai bukti telah dikemukakan kepada ICC termasuk dokumen yang memperincikan serangan tanpa henti tentera Israel ke atas orang awam di Gaza, sasaran yang disengajakan terhadap infrastruktur penjagaan kesihatan dan pemindahan hampir 2 juta orang.

Devers menekankan mengenai penghujahan komprehensif mereka yang terdiri daripada 1,800 halaman, dengan rujukan khusus kepada laporan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menekankan mengenai penderitaan yang dialami orang awam yang dikepung oleh tentera Israel di Gaza, selain ancaman kebuluran.

Devers yang menunjukkan skala korban yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam konflik, turut mengecam kemusnahan sistem bekalan air dan elektrik yang penting selain keruntuhan maruah manusia.

Beliau berkata Israel melaksanakan taktik untuk mengosongkan Gaza menerusi serangan yang disengajakan ke atas orang awam, termasuk kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya.

“Tidak pernah ada begitu banyak korban dalam mana-mana peperangan sebelum ini, satu-satunya peperangan yang saya lihat di mana kanak-kanak diserang. Ia telah menjadi tempat penggunaan senjata paling berat di kawasan bandar dan serangan dilakukan ke atas kanak-kanak, bayi baru lahir, orang tua, orang sakit dan kini turut melibatkan orang mati. Apabila tanah perkuburan dimusnahkan, mesejnya mudah: ‘Kamu tidak lagi boleh hidup di sini. Keluar!'”

Berdasarkan semua bukti ini, Devers mahu ICC mengambil langkah perlu, dengan berkata: “Kami menjangkakan keputusan tegas daripada pihak pendakwa.”

Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas telah meningkat kepada 25,900, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung, pada Khamis.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata 64,110 yang lain cedera.

Menurut PBB, kira-kira 85 peratus daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal akibat serangan itu dan terputus bekalan makanan. Beratus ribu penduduk hidup tanpa tempat perlindungan, dan kurang daripada separuh trak bantuan memasuki wilayah itu berbanding sebelum konflik bermula.

Sementara itu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusan yang ditunggu-tunggu pada Jumaat  terhadap tuntutan Afrika Selatan untuk mendapatkan perintah sementara dalam kes genosidnya terhadap Israel. – 26 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related