◉ HEADLINES

Wajibkan bank bayar peniaga 48 jam selepas terima e-bayaran pelanggan

Langkah itu berupaya meningkatkan aliran tunai untuk peniaga, selain memberi manfaat kepada ekonomi negara

6:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mewajibkan semua bank membuat pembayaran kepada peniaga dalam tempoh 48 jam selepas menerima pembayaran elektronik (e-pembayaran) daripada pelanggan masing-masing.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah itu berupaya meningkatkan aliran tunai untuk peniaga selain ekonomi negara turut akan mendapat manfaatnya.

Menurutnya, pihak bank tidak sepatutnya lagi menggunakan alasan cuti umum dan hujung minggu untuk menangguhkan pembayaran kepada peniaga.

“Lagipun, bank tetap mengenakan faedah ke atas pinjaman walaupun semasa cuti umum dan hujung minggu.

“Jadi mengapa mereka perlu mendapat manfaat daripada apungan percuma apabila menangguhkan pembayaran kepada peniaga?

“Seperti yang kita sedia maklum, terdapat 104 hari Sabtu dan Ahad pada tahun ini serta 25 hari cuti umum peringkat persekutuan dan negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jika semua bank membuat pembayaran dalam tempoh 48 jam selepas menerima bayaran elektronik ia berupaya meningkatkan aliran tunai untuk peniaga. – Gambar Scoop, 26 Januari, 2024

Jelasnya lagi, jumlah e-bayaran melalui sistem perbankan adalah kira-kira RM1.4 trilion.

Berikutan itu, dakwanya, pihak bank mengaut banyak keuntungan daripada apungan percuma apabila menangguhkan pembayaran kepada peniaga selain fi yang dikenakan ke atas peniaga untuk fasiliti tersebut.

Pada Oktober tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan e-pembayaran, hasil kerjasama dan komitmen daripada sektor kerajaan, awam, swasta serta komuniti di bandar dan luar bandar.

Sepanjang tahun lalu, sejumlah 9.5 bilion urus niaga e-pembayaran direkodkan dan meningkat berbanding 7.2 bilion pada 2021.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia melakukan 291 transaksi e-pembayaran pada 2022 (2021: 222 purata transaksi). – 26 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related