◉ HEADLINES

Khairul Aming keluar produk kedua, bakal dilancarkan Jumaat ini

Sebanyak 80,000 paket Dendeng Nyet Berapi akan dijual pada hari pelancaran

9:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming bakal mengeluarkan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi, selepas tiga tahun Sambal Nyet dihasilkan.

Sebanyak 80,000 unit akan dijual pada hari pelancaran berkenaan, yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Produk berkenaan, kata Khairul Aming telah mengambil masa selama setahun untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta memakan modal sebanyak lebih RM2 juta bagi persiapan menyediakan mesin serta pengubahsuaian kilang.

“We hope you will like it (kami berharap anda sukakannya), kalau ada kekurangan boleh inform (maklumkan) kita untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari launching nanti,’’ katanya yang membuat pengumuman itu menerusi aplikasi X.

Beliau turut memuatnaik video dalam X yang memaparkan mengenai penghasilan produk tersebut di dalam kilangnya.

Khairul Aming sebelum ini telah mengeluarkan produk pertamanya, Sambal Nyet dan jualan produk terbabit mencecah RM20 juta iaitu peningkatan 40% dari 2022.

Usahawan tersebut pernah memenangi anugerah kategori Creator Of The Year, TikTok Awards Malaysia 2023.

Produk terbaharu Khairul Aming, Dendeng Nyet Berapi akan berada di pasaran tidak lama lagi. – Gambar Twitter Khairul Aming, 29 Januari, 2024

Beliau berjaya menewaskan lima pencabar lain iaitu Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo). – 29 Januari, 2024

Bulan lepas, seorang peniaga menggunakan nama Sambal Nyet sebagai nama produk sambal yang diniagakan dan individu terbabit turut menggunakan format pemasaran yang sama dengan Sambal Nyet.

Susulan itu, Khairul Aming telah mengenalpasti penjual terbabit dan bercadang mengambil tindakan ke atas individu terbabit. – 29 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related