◉ HEADLINES

Mila Jirin dapat izin suami, buat ‘comeback’ lagu ciptaan Amylea

Sudah enam tahun Mila tidak masuk studio rakaman kerana tumpuan kepada perniagaan, anak

10:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin akan kembali memeriahkan industri muzik apabila bakal muncul dengan lagu terbaru ciptaan komposer terkenal, Amylea Azizan.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 36, dia sangat teruja untuk kembali masuk ke studio selepas enam tahun ‘menyepi’.

“Insya-Allah minggu depan saya akan masuk studio untuk merakamkan lagu baru ciptaan Amylea. Saya sangat teruja kerana sudah lama tidak rakamkan lagu,” katanya kepada Scoop.

Ditanya kenapa baru kini dia ingin kembali dalam bidang seni suara, kata Mila, sebelum ini dia lebih banyak tumpukan kepada perniagaannya iaitu Bizmila serta membesarkan anak.

“Peminat juga ramai yang minta untuk saya kembali aktif. Suami saya pun izinkan sebab anak pun dah besar, dah tujuh tahun.

“Dulu suami tak izinkan saya menyanyi secara terbuka kerana dia takut saya tak dapat nak bahagikan masa antara anak dan juga perniagaan.

“Kini anak dah besar dan bersekolah. Perniagaan pun alhamdulillah dah stabil. Jadi adalah sedikit masa untuk saya tumpukan pada hobi saya iaitu menyanyi,” katanya.

Memilih Amylea sebagai komposer untuk lagu barunya, kata Mila, tawaran itu hadir daripada Amylea sendiri.

“Amylea hubungi saya dan beritahu bahawa dia ada lagu yang sesuai dengan suara saya.

“Jadi saya menyambut baik tawaran itu tambahan pula ini adalah waktu yang tepat. Semoga karya ini menjadi satu karya yang baik buat saya, insya-Allah,” kongsinya.

Memiliki beberapa rangkaian lagu popular seperti Persis Mutiara, Mila Bila Cinta, Aku Lebih Tahu, Gila, Jika Kau Ubah Fikiran dan banyak lagi, pastinya ada tawaran nyanyian yang singgah padanya. Namun kata Mila, dia terpaksa menolak banyak tawaran.

“Memang ada tawaran yang hadir. Tetapi saya beritahu pada pihak penganjur yang saya sudah tidak buat persembahan pentas lagi.

“Tetapi baru-baru ini saya ada menyanyi satu lagu di TikTok, ramai punya orang tanya saya nak buat ‘show’.

“Tetapi saya minta maaf kerana saya tak terima undangan persembahan pentas. Tetapi kalau persembahan di dalam studio mahupun untuk program televisyen, insya-Allah,” katanya. – 30 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related