◉ HEADLINES

Beto Kusyairi dedah arwah bapa mentua tak pernah puji lakonan tapi bangga kenalkan menantunya seorang pelakon

Katanya, arwah sentiasa menonton lakonannya secara diam-diam di YouTube

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Beto Kusyairi mendedahkan sepanjang hayat arwah bapa mentuanya, Shahar Abdul Hamid masih ada, beliau sama sekali tidak pernah memuji karya lakonannya secara terang-terangan.

Namun, pada masa sama, Beto mengakui arwah sememangnya cukup berbangga dengan pencapaian serta kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.

“Banyak kali aku perasan dia sorok-sorok layan karya aku di YouTube. Walaupun dia tak puji tapi aku tahu dia sangat berbangga dengan setiap pencapaian aku.

“Dia sentiasa memperkenalkan aku pada orang lain yang menantu dia ni seorang pelakon dengan nada bangga.

“Kami tak banyak berbual tapi dengan aku dia sentiasa ‘kalah’. Aku sahaja yang boleh bawa dia pergi hospital,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Beto mendedahkan perkara itu selepas genap setahun pemergian arwah bapa mentuanya itu semalam.

“Hari ni genap setahun dia kembali kepada Penciptanya. Sungguh, aku cukup rindu pada dia. Tapi apalah sangat nak dibanding dengan kerinduan seorang isteri dan anak pada dia.

“Moga papa tenang dalam kalangan mereka yang beriman dan aku sangat yakin dia di tempat yang lebih baik,” katanya. – 1 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related