◉ HEADLINES

20 penumpang cemas apabila bas Rapid Penang yang dinaiki terbakar

Tindakan pantas pemandu bas memberhentikan kenderaan bagi menurunkan penumpang selepas menyedari kepulan asap tebal berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk

10:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kira-kira 20 penumpang sebuah bas Rapid Penang cemas apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar berhampiran Balai Polis Pulau Tikus di Jalan Burma, Pulau Pinang, petang tadi.

Bagaimanapun tindakan pantas pemandu bas yang memberhentikan kenderaan itu bagi menurunkan penumpang selepas menyedari kepulan asap tebal di bahagian belakang bas, berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk daripada berlaku.

Sementara itu, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataannya berkata, kejadian terbabit melibatkan sebuah bas Rapid Penang melalui laluan 101 yang sedang menghala ke arah Jeti.

“Kapten (pemandu) bas telah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan luar jangka seperti ini dengan bertindak pantas untuk memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang.

“Beliau juga cuba mengawal api daripada merebak menggunakan peralatan pemadam api yang terdapat di dalam bas,’’ katanya.

Jelas Rapid Penang, semua penumpang dan pemandu bas tidak mengalami kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam dilaporkan.

Kebakaran itu, ujarnya berjaya dipadamkan kira-kira 5.33 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, bomba Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.10 petang dan pemeriksaan mendapati anggaran peraturan kemusnahan kebakaran adalah 50%,.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,’’ kata Bomba. – 3 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related