◉ HEADLINES

13 pendatang bagi alasan ditipu sindiket pekerjaan ketika minta perlindungan

Terdahulu 13 pendatang berkenaan ditahan polis, ketika sedang berlindung di sebuah rumah kongsi di sini semalam

8:42 AM MYT

 

TAPAH – Sekumpulan 13 pendatang yang cuba meminta perlindungan dari seorang penjaga kebun jambu di Kampung Senta di sini selepas meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, memberi alasan mereka ditipu sindiket pekerjaan.

Bagaimanapun alasan itu tidak mengaburi mata penjaga kebun warga Indonesia yang dikenali sebagai Ali, 40-an, yang melaporkan mereka kepada pihak Jabatan Imigresen.

Ali yang telah lebih 10 tahun bekerja di ladang seluas 80.9 hektar (200 ekar) itu berkata ketika dia sedang bekerja di kebun jambu itu, beliau disapa salah seorang pendatang berkenaan.

“Mereka kata, mereka kena tipu kerja, mereka lapar, mereka mahu berlindung dari hujan. Hanya ada seorang yang pandai berbahasa Melayu.

“Saya tahu mereka memang tahanan yang dicari, jadi saya bagi mereka makan, minum, bagi masuk rumah dulu sebelum laporkan kepada imigresen,” katanya ketika ditemui pemberita di kebun itu di sini petang semalam.

Terdahulu 13 pendatang berkenaan ditahan polis, ketika sedang berlindung di sebuah rumah kongsi di sini semalam.

Penahanan itu menjadikan tangkapan setakat ini 39 orang dan baki 92 lagi masih diburu.

Terdahulu 131 pendatang tanpa izin yang terdiri daripada 115 Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang Bangladesh, melarikan diri dari blok lelaki Depot Tahanan Imigresen Sementara Bidor dua hari lepas.

Bagaimanapun, seorang lagi maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.

Sementara itu, pihak media yang mengikuti pihak berkuasa untuk menahan sekumpulan 13 pendatang tanpa izin itu di kebun jambu berkenaan, terpaksa berjalan kaki meredah lumpur dan anak sungai untuk sampai di lokasi berkenaan.

Ini kerana laluan ke kebun itu bukan sahaja berlumpur tetapi perlu melalui anak sungai yang hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Apabila tiba di lokasi, kesemua pendatang berkenaan ditempatkan di satu kawasan lapang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah. – 4 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related