◉ HEADLINES

Sanusi cuba AI ‘saja try’ untuk belajaq cari followers

Hantarannya itu mendapat perhatian daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang ‘berbeza’

10:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketika teknologi kecerdasan buatan (AI) hangat diperkatakan, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak ketinggalan untuk mencubanya.

Menteri Besar Kedah itu memuatnaik gambar-gambar yang menggunakan kaedah AI di media sosialnya, dengan imej sado dan umpama seorang model dengan pelbagai gaya.

“Kita baru nak mula belajaq cari followers, depa dah mula main AI.

“Tak laghat (larat) kita nak ligan (kejar). Dunia la ni bergerak dengan begitu laju.
Saja try,’’ demikian tulisnya

Pelbagai ‘watak AI’ dicuba dan dimuatnaik oleh Muhammad Sanusi Md Nor dalam media sosial. – Gambar Facebook Muhammad Sanusi Md Nor, 4 Februari, 2024

Hantarannya itu mendapat perhatian daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang ‘berbeza’ berbanding hantarannya di Facebook sebelum ini di mana Sanusi banyak menyentuh mengenai pentadbirannya di Kedah.

Ramai yang memuji dan bergurau dengannya.

Menteri Besar Kedah itu turut mencuba untuk menjadi ‘Abang Bomba’. – Gambar Facebook Muhammad Sanusi Md Nor, 4 Februari, 2024

“Cair awek-awek KL macam ni YB,’’ kata Mohd Azman Hussin.

“Padu,” demikian puji Mohd Hasrol

“Peh lain macam,” tulis Shahid. – 4 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related