◉ HEADLINES

Sarjan polis didakwa rogol remaja dalam kereta

Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan Januari lepas

12:39 PM MYT

 

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja, bulan lepas.

Sharil Amir Shaari, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar pada kira-kira 4 petang, 12 Januari lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa manakala peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid memohon anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan perlu menanggung isteri dan lima anak dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,000.

Hakim Ainul Shahrin membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 28 Januari lepas, polis menahan anggota berkenaan bagi membantu siasatan kes rogol pelajar tingkatan empat di Seri Iskandar. – 8 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related