◉ HEADLINES

Sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur 4 Mac ini, konsert Rod Steward dibatalkan

Pembeli tiket konsert Rod Steward Live In Concert, One Last Time itu akan menerima emel dalam masa lima hari untuk kaedah pembayaran semula

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda, Rod Steward, 79, membatalkan konsertnya ‘Live In Concert, One Last Time’ di Kuala Lumpur yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 4 Mac 2024 di Axiata Arena.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan pihak penganjur iaitu Live Nation Malaysia, konsert tersebut dibatalkan atas sebab yang tidak dijangka.

Kepada peminat yang sudah membeli tiket menerusi platfrom penjualan tiket GoLive Asia, mereka akan menerima pulangan wang menerusi kaedah pembayaran asal.

Satu emel akan dihantar kepada pembeli untuk proses pembayaran semula dalam tempoh lima hari.

Pembatalan konsert ini nyata mengecewakan ramai peminat yang menunggu kehadiran Rod ke Malaysia sejak hampir tiga dekad lalu.

Menerusi tinjauan Scoop di laman sesawang rasmi Live Nation Asia, Rod bukan sahaja membatalkan konsert jelajahnya di Malaysia, tetapi di beberapa negara Asia, seperti Hong Kong, Filipina dan Taiwan.

Bagaimanapun tiket konsertnya di Thailand, Singapura dan Jepun masih dijual. – 8 Februari 2024

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related