◉ HEADLINES

Lelaki pukul ibu dengan kayu hingga cedera ditahan polis

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu positif dadah serta memiliki dua rekod lampau

5:05 PM MYT

 

CHUKAI – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul ibunya hingga cedera dalam kejadian di Kampung Baru, Felda Neram 1, Jabor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada 2.30 petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian menerusi talian MERS 999 daripada seorang petugas Unit Ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah, Kuantan, Pahang yang memberi rawatan kepada mangsa yang berusia 64 tahun.

“Mangsa mengalami luka di bahagian tangan dan belakang badan kerana dipercayai dipukul dengan kayu oleh anaknya yang mengamuk di rumah mereka, kira-kira 9 pagi tadi.

“Mangsa mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Cheneh dan telah dirujuk ke Hospital Kemaman,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah punca kejadian masih dalam siasatan polis.

Hanyan berkata, lelaki itu positif dadah serta memiliki dua rekod lampau mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 kanun sama kerana mendatangkan kecederaan terhadap mangsa. – 9 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related