◉ HEADLINES

Pemandu tiada lesen, perjalanan bas bawa pelancong ke KLIA tertangguh sejam

JPJ mengeluarkan kompaun terhadap pemandu itu dan bas hanya dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemandu gantian tiba

8:15 AM MYT

 

SHAH ALAM – Perjalanan sebuah bas persiaran menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tertangguh kira-kira sejam apabila pemandunya ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Kemuning, di sini malam ini kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pemandu lelaki berusia 33 tahun itu antara individu ditahan menerusi Ops Tahun Baharu Cina 2024 yang dijalankan pihak JPJ.

Ketika ditahan, dia sedang membawa 11 penumpang tempatan dari Bandar Puteri, Klang menuju KLIA dan memberi alasan mahu membantu syarikat bas abangnya yang mengalami masalah kekurangan pemandu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap pemandu itu dan bas berkenaan kemudian dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemandu gantian tiba.

“Memandu tanpa lesen ini, jika apa-apa berlaku tidak boleh buat tuntutan insurans. Bahaya… lebih-lebih lagi membawa pelancong,” katanya kepada pemberita.

Mengulas mengenai penubuhan pasukan khas khusus bagi mengendalikan kes kenderaan berat melebihi had muatan, beliau berkata, sebanyak 60 sitaan dibuat sejak mula dikuatkuasakan enam bulan lepas.

“Semua kes sitaan itu sudah didakwa di mahkamah dan dalam proses untuk mendapatkan perintah lucut hak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan operasi khas kenderaan berat yang melebihi had muatan fasa dua selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

Dalam pada itu, Lokman berkata, setakat lapan hari Ops Tahun Baharu Cina 2024 dijalankan di seluruh negara pihaknya merekodkan 57,110 notis atas pelbagai kesalahan dengan 243,257 kenderaan diperiksa.

“Berdasarkan analisis awal data operasi ini dalam tempoh lapan hari, kami mendapati tahap kesedaran dan pematuhan peraturan berada pada tahap rendah dan tidak memuaskan untuk keselamatan pengguna jalan raya terutamanya membabitkan kenderaan komersial,” katanya. – 10 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related