◉ HEADLINES

3 soalan dilarang tanya kepada Soo Wincci pada Tahun Baharu Cina

Hantaran mengenai soalan tersebut turut menghiburkan hati netizen

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon jelita, Soo Wincci, 38, yang meraikan perayaan Tahun Baharu Cina melarang orang ramai bertanya beberapa soalan kepadanya tahun ini.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Wincci di Instagram miliknya, dia mengemukakan tiga soalan lazim yang dilarang untuk ditanya sempena perayaan itu.

“Soalan dilarang semasa CNY (Tahun Baharu Cina). Nombor satu, bila nak kahwin? Nombor dua, gaji berapa? Nombor tiga, ang pow berapa?

“Kongsi hantaran ini jika anda setuju. Mati kau jika tanya soalan-soalan ini,” tulisnya.

Hantaran yang dibuat bekas ratu cantik Malaysia 2008 itu bagaimanapun menghiburkan hati netizen.

Ada yang berpendapat soalan-soalan sama turut dilarang untuk ditanya sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kali terakhir kelibat Wincci dilihat di kaca televisyen adalah menerusi program The Masked Singer Malaysia musim keempat yang mana dia merupakan salah seorang peserta yang memakai maskot kucing.

Namun malangnya, Wincci menjadi peserta pertama disingkirkan daripada pertandingan itu. – 10 Februari 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related