◉ HEADLINES

‘Saya pun tak hadir, tapi ada program’ kata Razali mengulas ketiadaannya pada Rumah Terbuka PN

Ketiadaan beberapa pemimpin Bersatu termasuk Hamzah mencetuskan spekulasi wujud dua kem dalam parti itu

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘‘Saya pun tak hadir,’’ itu jawapan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris ketika mengulas mengenai ketidakhadiran beberapa pemimpin parti berkenaan ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Menurut Razali, beliau mempunyai program yang sudah lama dirancang di Terengganu dan begitu juga dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang tidak hadir ke majlis berkenaan.

Justeru tidak timbul isu mengenai dua kem seperti dakwaan sebelum ini.

“Saya ada program yang dah dirancang lama dan saya fikir DS (Datuk Seri) Hamzah pun sama kerana beliau sebagai Ketua Pembangkang sudah tentu ada tugasan yg tak boleh ditinggalkan,’’ katanya kepada Scoop.

Razali turut mengingatkan semua pihak supaya memfokus kepada isu semasa yang membabitkan rakyat jelata, dan tidak membuat spekulasi mengenai dua kem dalam Bersatu.

Sebahagian besar pemimpin Perikatan Nasional yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti itu, diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah). – Gambar Scoop, 10 Februari, 2024

Ketiadaan beberapa pemimpin Bersatu termasuk Hamzah jelas dirasai pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional (PN) hari ini sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi apatah lagi sebelum ini timbul isu mengenai dua kem dalam parti itu.

Satu kem menyokong Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala satu lagi kem menyokong Hamzah.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim memberitahu Scoop bahawa Hamzah kini sedang mendapatkan rawatan perubatan dan dijangka pulang esok, namun maklumat lanjut mengenai jenis rawatan perubatannya tidak didedahkan.

Bersatu juga sebelum ini telah menafikan parti itu berpecah kepada dua kem dan menyifatkan ia sebagai usaha musuh untuk berkonspirasi memecah keutuhan parti berkenaan. – 10 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related