◉ HEADLINES

Bekas Ahli Parlimen dari Sarawak dilantik Yang Dipertua Dewan Negara baharu?

Pengumuman rasmi akan diadakan pada 19 Februari ini

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Ahli Parlimen dari Sarawak, tokoh yang amat dikenali dan juga daripada latar belakang pengamal undang-undang akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sumber memberitahu Scoop, tokoh tersebut telah menerima surat pelantikan, namun meminta menunggu pengumuman rasmi pada 19 Februari ini.

Pemimpin berkenaan pernah menjadi Ahli Parlimen bagi sebuah kawasan di Sarawak untuk dua penggal sekitar 1982 sehingga 1990.

Pada 26 Januari lalu, Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Dalam majlis berlangsung di Istana Negara, Wan Junaidi turut dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran ‘Tun’.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam istiadat berlangsung di Balairung Kecil, Istana Negara.

Susulan itu, kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara akan diumumkan sebelum sidang Dewan Negara yang bermula 18 Mac ini. – 11 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related