◉ HEADLINES

Koperal maut, kereta terbabas langgar ular sawa di lebuh raya

Kejadian berlaku di KM311.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), awal pagi tadi

6:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas selepas terlanggar seekor ular sawa di KM311.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kemalangan maut membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civic Hatchback yang terbabas sendiri kira-kira jam 5.38 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan terbabit yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping terbabas akibat terlanggar seekor ular di laluannya.

“Pemandu kenderaan terbabit yang berusia 36 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Keadaan kenderaan jenis Honda Civic Hatchback yang terbabas selepas terlanggar seekor ular sawa di KM311.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), awal pagi tadi – Gambar Facebook Mohd Najib, 11 Februari, 2024

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang melihat kejadian itu agar tampil memberi keterangan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @Mohammed Razikin, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Tapah di talian 013-2087919.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa memandu serta mendapatkan rehat secukupnya agar dapat mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian Facebook Polis Selangor, mangsa disahkan sebagai Koperal Wan Muhammad Mohd Rodzlad yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

“Allahyarham berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 17 tahun.

Allahyarham Wan Muhammad berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 17 tahun – Gambar Facebook Polis Selangor, 11 Februari, 2024

“Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat pasukan khususnya warga, IPD Klang Utara. Salam takziah,” katanya.

Pada masa sama, seorang ahli keluarga Wan Muhammad menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan semasa kejadian mangsa dalam perjalanan mengambil ibunya di Taiping, Perak.

Menurut Mohd Najib, kenderaan dipandu anak buahnya itu terlanggar seekor ular sawa sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Al-Fatihah buat anak buah kami. Dia anak kepada sepupu saya Kak Nor di Taiping. Arwah meninggal dunia kemalangan di Tapah.

“Dalam perjalanan balik Taiping ambil maknya. Ikut laporan kemalangan langgar ular sawa jam 5.30 pagi. Kereta terbabas langgar penghadang jalan,” katanya. – 11 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related