◉ HEADLINES

Polis tahan lelaki bantu siasatan penemuan kamera hendap wanita di bilik air

Difahamkan, lelaki itu merupakan rakan kepada wanita yang membuat laporan polis tersebut dan dipercayai dia turut menginap di inap desa yang sama

7:31 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita, mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 20-an itu, ditahan di Kuala Lumpur petang ini, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.

Beliau berkata polis percaya dengan penahanan lelaki itu, pihaknya akan dapat menyelesaikan siasatan kes insiden tersebut, turut tular di media sosial sejak Jumaat.

“Polis telah mengesan lelaki itu hari ini, sebelum berjaya menahannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian kamera tersembunyi, dalam bilik air tersebut.

“Polis juga telah mendapat perintah reman ke atas lelaki itu selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan kehormatan seseorang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Difahamkan, lelaki itu merupakan rakan kepada wanita yang membuat laporan polis tersebut dan dipercayai dia turut menginap di inap desa yang sama, bersama beberapa lagi rakan mereka.

Terdahulu hari ini Bernama melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu, selepas pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera tersebut menghubungkan dengan telefon bimbit lelaki berkenaan.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti pada 5 hingga 6 Februari lepas. – 11 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related