◉ HEADLINES

Aliran trafik perlahan menuju ibu negara malam ini

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Sungai Petani-Perai dan Kuala Kangsar-Rawang, serta Pagoh-Senai

9:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan, susulan pertambahan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara selepas cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang tamat hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 8 malam ini, aliran trafik perlahan sepanjang 51 kilometer dari persimpangan Bentong Timur menghala Plaza Tol Karak.

Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Sungai Petani-Perai dan Kuala Kangsar-Rawang, serta Pagoh-Senai.

“Aliran trafik perlahan malam ini susulan pertambahan kenderaan dan tiada kemalangan serta penutupan jalan dilaporkan pada ketika ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – 12 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related