◉ HEADLINES

Ayat, cara tulisan diterima daripada Ebit Lew sama dengan mangsa lain: Saksi

Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut

9:06 PM MYT

 

TENOM – Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa ayat dan cara tulisan dalam teks diberikan Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew kepadanya, sama dengan teks diberikan kepada mangsa yang lain.

Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Saksi itu memberitahu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman pada 7 Ogos 2021, selepas membaca hantaran di Facebook oleh saksi pendakwaan pertama Akhi Fairuz Al-Jengkawi atau Mohd Fairuz Abu, mengenai gangguan seksual dilakukan seorang pendakwah terkenal.

Wanita itu berkata, setelah berbincang, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk menghubungi nombor diberikan dalam hantaran itu melalui WhatsApp dan bertanya siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan, tetapi Mohd Fairuz tidak memberitahu nama pendakwah tersebut.

“Sebaliknya dia (Mohd Fairuz) kata kalau betul kami kena gangguan seksual, bagi contoh teks selepas itu saya tangkap layar contoh teks dari Ebit Lew dan berikan kepada (Mohd) Fairuz. Selepas itu Fairuz belum lagi mempercayai bahawa saya betul-betul mangsa dan meminta lagi contoh ayat yang dapat.

“Kami yang dahulu cakap itu adalah Ebit Lew. Kemudian Fairuz memberi kami contoh teks dari mangsa lain, dan apabila kami lihat ayat-ayat yang digunakan dan cara tulisan adalah sama dengan teks dari Ebit Lew (diterima saksi),” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad.

Saksi juga memberitahu mahkamah bahawa dia menyimpan nama Ebit Lew sebagai ‘uEL’ dalam senarai kenalan di telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun saksi itu telah memadam nama ‘uEL’ yang merujuk kepada ‘ustaz’ Ebit Lew daripada senarai telefon bimbitnya, sebelum membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok. – 13 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

TM Bukit Jalil to host star-studded AllStar Legends clash featuring Gerrard and football greats

Former Premier League and international stars led by Steven Gerrard will reunite at Bukit Jalil National Stadium on October 3 for the AllStar Legends exhibition match, as organisers promise fans a world-class football spectacle packed with nostalgia, entertainment and global star power

◉ Related