◉ HEADLINES

Bekas pramugara warga Malaysia saman Singapore Airlines RM5.9 juta selepas tergelincir terpijak gris

Durairaj bertugas di atas pesawat A350 dalam penerbangan dari San Francisco ke Singapura pada 5 September 2019

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pramugara Singapore Airlines menuntut ganti rugi lebih S$1.7 juta (RM5.9 juta) daripada bekas majikannya itu selepas mendakwa tergelincir pada tampalan gris dan terjatuh ketika berada dalam satu daripada pesawat tersebut.

Durairaj Santiran, 36, yang juga warga Malaysia bertugas di atas pesawat A350 dalam penerbangan kira-kira 17 jam dari San Francisco ke Singapura pada 5 September 2019.

Pesawat itu berada di peringkat akhir perjalanannya, kira-kira dua jam setengah perjalanan dari Singapura apabila Durairaj mendakwa dia terjatuh ke belakang.

Durairaj menuntut sejumlah S$1,775,662.49 sebagai ganti rugi, sebahagian besarnya adalah untuk kehilangan pendapatan pada masa depan, selepas dia didiagnosis dengan prolaps cakera serviks.

Bekas pramugara itu yang bertugas bersama Singapore Airlines dari 2016 hingga 2021 hadir di mahkamah semalam untuk hari pertama saman terbabit dengan memakai pendakap leher.

Dalam kesnya, syarikat penerbangan itu gagal menyediakan sistem kerja dan tempat yang selamat untuk bekerja serta gagal menangani dengan secukupnya kehadiran tampalan gris, sekaligus menyebabkan kawasan tersebut menjadi tidak selamat.

“Sekiranya penjagaan yang munasabah dilakukan, tampalan gris itu akan dialihkan atau langkah sedemikian diambil untuk menghalang akses ke lokasi yang tidak selamat.

“Majikan boleh menghalang akses ke lokasi dengan meletakkan kereta tolak di atas kawasan itu, sebagai contohnya.

“Fakta bahawa defendan tidak mengambil sebarang ‘langkah pencegahan’ menunjukkan kecuaian defendan kerana sistem kerja tidak mencukupi dan tempat kerja dibiarkan tidak selamat,” kata peguam Durairaj dari East Asia Law Corporation dalam kenyataan pembukaannya.

Berdasarkan kenyataan Durairaj, sebelum kejadian dia sedang meronda dalam pesawat selepas kru pembersihan keluar, sebelum melihat kesan gris di lantai dapur berhampiran ketuhar.

Dia kemudian memaklumkan kepada pegawai atasan mengenai tampalan gris itu sebelum penerbangan berlepas dan diberitahu untuk menanggalkan tampalan gris dengan semburan pembersih serta tuala kertas.

Pada waktu itu, pintu pesawat ditutup dan Durairaj cuba menanggalkan tampalan gris terbabit.

Bagaimanapun dia tidak dapat berbuat demikian dan memaklumkan pegawai atasan yang sama, yang memberitahunya serta kru kabin lain supaya berhati-hati dengan tampalan itu. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Berocca tablets’ expiration stickers unrelated to product safety, quality, says Bayer Malaysia

The new expiration date stickers observed on selected batches of Berocca Orange Flavour Effervescent Tablets are not related to any concerns over product safety or quality, said Bayer Co (Malaysia) Sdn Bhd.

◉ Related