◉ HEADLINES

Nahas udara Kapar: Punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat kemalangan udara

Proses bedah siasat ke atas dua mayat selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi

1:33 PM MYT

 

KLANG – Polis mengesahkan punca kematian kedua-kedua mangsa tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda dekat Kapar di sini semalam disebabkan pelbagai kecederaan akibat kemalangan udara (multiple injuries due to plane crash).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, proses bedah siasat yang dimulakan sejak jam 10 pagi selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi.

“Hasil post mortem (bedah siasat) yang dijalankan pasukan forensik HTAR, punca kematian multiple injuries due to plane crash (pelbagai kecederaan akibat kemalangan pesawat).

“Hasil pemeriksaan cap jari terhadap mangsa didapati penama (mangsa) pertama iaitu Daniel Yee Hsiang Khoon, juruterbang berumur 31 tahun manakala seorang lagi, Roshaan Singh Raina, 43 tahun,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa akan diserahkan kepada waris dalam mangsa terdekat memandangkan ada prosedur lain yang perlu dijalankan pihak hospital.

“Kami akan cuba yang terbaik (untuk serahkan mayat) kepada ahli keluarga secepat mungkin termasuk membantu (urusan) ke tempat pengebumian,” katanya.

Vijaya turut memaklumkan punca nahas pesawat model BK 160 Gabriel masih disiasat Biro Keselamatan Udara (BSKU).

Dalam pada itu, Vijaya menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkait kejadian terbabit.

“Jangan hantar apa-apa gambar atau video berkaitan dengan kejadian ini, khususny di tempat kejadian bagi menghormati sensitiviti ahli keluarga,” katanya. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related