◉ HEADLINES

Naim Daniel akui pengalaman duet bersama Jamal Abdillah sangat hebat

Lagu berjudul Urat menyatukan paduan suara penyanyi muda dan legenda, ambil masa satu malam untuk rakaman

6:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang juga komposer, Naim Daniel mengakui teruja dan seronok apabila berpeluang untuk berkolaborasi dengan penghibur legenda, Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu balada terbaharunya, Urat.

Bahkan, Naim ketika ditemui Scoop turut menganggap ia sebagai satu lagi pencapaian yang dilakarnya dalam bidang rakaman muzik.

“Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya nak berduet dengan beliau dalam lagu Urat dan sebetulnya sudah setahun lebih saya cipta lagu tersebut dan bila saya tengok balik katalog lagu-lagu yang saya belum lancarkan, saya rasa saya tak mahu buat lagu Urat ini seorang diri.

“Pada saat itu, tiba-tiba saya terbayang wajah Datuk Jamal Abdillah dan terfikir, mengapa tidak saya berduet dengan beliau. Saya terus hantar mesej peribadi kepada beliau melalui Instagram sepertimana yang saya lakukan kepada Man Keedal waktu saya ingin keluarkan lagu Sampah.

“Saya kenalkan diri dan saya ada lagu baharu yang saya ingin berduet dengan beliau. Tidak sangka pula beliau membalas dan kemudian meminta saya berhubung dengan pihak pengurusan beliau,” katanya sewaktu ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri, Project: Exit.

Menceritakan lebih lanjut mengenai pengalamannya merakamkan lagu Urat dengan Jamal pada November lalu, Naim berkata, bekerja dengan Raja Pop Malaysia itu adalah suatu pengalaman yang hebat buat dirinya.

“Uncle Jamal (panggilan untuk Jamal) sudah menyanyi sebelum saya lahir lagi. Pengalamannya dalam bidang ini sangat luas dan bekerja dengan beliau mudah, beliau juga banyak memberi ruang untuk saya berkreativiti.

“Beliau beritahu saya, beliau mempunyai 10 demo daripada artis-artis lain di Malaysia yang beliau sudah dengar, tapi beliau tak mahu buat. Tapi, beliau pilih Urat. Itu yang membuatkan saya rasa seram.

“Tapi, beliau cakap, susunan melodi lagu Urat sangat cantik dan kita semua pun dah lama tak dengar beliau menyanyi lagu balada baharu sedangkan genre muzik ini adalah makanannya. Sebab kebelakangan ini, beliau banyak buat lagu yang mempunyai unsur tradisional termasuk lagu bersama Wany Hasrita,” katanya.

Naim juga tidak dapat melupakan kata-kata Jamal yang menyatakan hasrat mahu cuba menyanyikan lagu Urat ini dengan stail ala-ala nyanyiannya.

“Geram jugaklah tengok beliau cakap macam tu sebab nampak comel walaupun dah tua dan pada waktu yang sama cukup bersikap terbuka.

“Waktu kami pertama kali berjumpa, kami lepak-lepak sahaja, esok hari baru kami rakam lagu dan beliau mengambil masa hanya satu malam untuk rakamkan lagu itu.

“Memang beliau berada di kelas yang tersendiri. Beliau juga memberitahu saya kalau mahu mengulang rakam lagu itu beberapa kali juga tidak apa. Segan juga saya, sebab saya budak baru tapi beliau memang seorang legenda yang cool,” katanya. – 15 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Penang Sukma rugby player dies after collapsing during training in Kulim

A 21-year-old Penang Sukma rugby player died after collapsing during a training session in Kulim, with police classifying the case as a sudden death pending further investigations and a post-mortem examination

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

◉ Related